JAM CANGGIH TAHUN 2154
0 ulasan Khamis, 10 September 2009
Bagi sesiapa yang rasa suka hias kuku tue..apa kata cuba hias dengan jam ini.barulah canggih maa...teknologi canggih yang dinamakan TX54. Apabila berada di dalam keadaan gelap..cuma sentuh sahaja pada kuku anda, jam tersebut akan muncul dan ianya juga boleh menukar warna ikut suka korang la.Dari segi kalis air, masih dalam kajian..tak tau la bole kena air ke tak..harap ianya jadi tumpuan dan kegunaan ramai di masa akan datang.
Xleh nk bayangkan, kuku kita besar mana je...kalo letak jam kt kuku..bole ke tgk jam tu..untuk yang rabun xbape sesuai kot.Hehehe..
TERAPI HIDUNG
0 ulasan
Macam biasa kita bernafas melalui dua serombong kapal yang tidak pernah 'miss' pun menyedut udara atau dalam bahasa saintifiknye oksigen hehe. Tuhan dah jadikan dua lubang hidung yang ada perbezaan diantara keduanya:-
1.) Lubang hidung kanan = menyedut udara panas
Kebanyakan lelaki bernafas lebih menggunakan lubang hidung kanan manakala perempuan menggunakan hidung sebelah kiri. Sebab itu lelaki cepat marah manakala perempuan mudah dingin hatinya..huhu.
Dalam perubatan, teknik pernafasan yang betul boleh meringankan sesuatu penyakit atau sakit-sakit ringan yang kerap berlaku kepada kita. Contohnya:-
- Sakit Kepala (yg ringan2 je la, kalo migrain tu maybe kena jumpa doktor).
Insyaallah sakit kepala akan berkurangan.
- Jika merasa penat
bergilir-gilir. Insyaallah akan rasa segar semula.
APA ITU TEKNOLOGI MAKLUMAT
0 ulasan Ahad, 6 September 2009

Untuk student IT yg baru masuk tu...nie ade maklumat sikit utk korang semua mengenai teknologi maklumat. Bagi yang dah lama join bidang IT..this information just utk remind balik la..mana tau kan..belajar dh lama..macam2..kekadang asas pun dh lupa kan..hehe..
Teknologi Maklumat merupakan istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data.
Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah:-
1)Perkakasan komputer
2)Perisian komputer
3)Komunikasi data
Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.
Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik.
Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card).
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA AGUNG
0 ulasan Khamis, 3 September 2009Alhamdulillah....syukur..Allah telah mengurniakan 'J' kesempatan untuk membina dan mengarang blog yang pertama ini. Aku menamakannya dengan nama 'J'. So harap blog ni boleh membantu korang semua menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan minda korang...heheee..assalamualaikum...

